Laman Utama

Meta MNH48

Maklumat meta mengenai MNH48

Apa tujuan laman web ini?

Laman web ini memaparkan maklumat manusia di sebalik kumpulan laman web MNH48, asasnya ia memaparkan maklumat Yaya dengan lebih lanjut. Laman web ini dihoskan di GitHub Page agar anda boleh lihat apa yang saya telah tulis, tetapi kandungan laman web ini sendiri masih lagi berhakcipta bawah saya dan tidak boleh digunakan semula tanpa kebenaran.

Apa tema yang digunakan di laman web ini?

Tema yang digunakan ialah Hyde yang boleh didapati di bawah lesen MIT. Pengubahsuaian yang saya telah lakukan kepada tema ini dan/atau segala penggayaan di laman web ini juga diterbitkan di bawah lesen MIT, tetapi kandungan-kandungan lainnya yang tidak berkaitan dengan tema dan/atau penggayaan laman web ini tidak diterbitkan untuk penggunaan semula tanpa kebenaran.